Membesarkan Anak Istimewa bukan mudah. Kadang-kadang, kita sendiri pun tak tahu apa langkah seterusnya.
Sebab itu bengkel 4 jam ini diwujudkan untuk bantu anda lebih memahami anak, lebih memahami peranan sebagai penjaga, dan melalui perjalanan ini dengan lebih yakin. Satu langkah pada satu masa.
Kenapa Perlu Bengkel Ini?
- Setiap kanak-kanak adalah berbeza – sama ada aspek komunikasi, pembelajaran dan emosi.
- Setiap ibu bapa sedang belajar dan menyesuaikan diri – sokongan tambahan amat penting untuk menepis kebimbangan
- Setiap ibu bapa perlukan bimbingan praktikal untuk mereka merefleksi perjalanan mendidik anak berkeperluan khas.
Apa yang akan Diterokai?
Memahami & Menerima Perbezaan
Sabtu, 19 September 2026 | 8.00 pm - 9.00 pm
Kenali anak, bukan sekadar diagnosis.
Setiap kanak-kanak mempunyai cara tersendiri dalam memahami dunia ini. Kita akan meneroka bagaimana perbezaan dalam komunikasi, tingkah laku, pembelajaran, keperluan deria dan perkembangan dapat membentuk cara seorang kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya.
Dalam sesi ini anda akan:
- Memahami perbezaan dan keunikan individu
- Melihat anak menjangkaui label dan diagnosis
- Mengenal pasti kekuatan, keperluan dan potensi anak
- Memahami tingkah laku dari perspektif anak
Peranan Penjaga
Sabtu, 19 September 2026 | 9.00 pm - 10.00 pm
Anda bukan sekadar penjaga. Anda adalah sebahagian daripada sistem sokongan anak.
Menguruskan anak berkeperluan khas jarang sekali menjadi tanggungjawab seorang individu sahaja. Sesi ini membantu penjaga memahami di mana peranan mereka bermula, di mana ia berakhir, dan bagaimana mereka boleh menjadi rakan sokongan yang lebih berkesan dalam perkembangan anak mereka.
Dalam sesi ini anda akan:
- Memahami peranan penjaga dalam menyokong perkembangan dan fungsi harian
- Belajar bekerjasama secara berkesan dengan guru ahli terapi dan pakar lain
- Belajar berkomunikasi tentang keperluan anak anda
- Membina rangkaian sokongan untuk cuba tidak melakukan semua tanggungjawab seorang sendiri
Sokongan Emosi untuk Penjaga
Ahad, 20 September 2026 | 8.30 pm - 9.30 pm
Anda tidak boleh menuang daripada cawan yang kosong.
Perjalanan sebagai ibu bapa merangkumi pelbagai emosi. Sesi ini menyediakan ruang untuk mengakui emosi tersebut tanpa dihakimi. Ibu bapa yang sedang meyokong anak juga perlukan sokongan.
Dalam sesi ini anda akan:
- Memahami perjalanan emosi ibu bapa
- Menguruskan rasa bersalah, perbandingan dan jangkaan yang tidak realistik
- Mengetahui bila untuk meminta bantuan
- Membangunkan cara praktikal untuk melindungi kesejahteraan diri sendiri
Modul WAKE
Ahad, 20 September 2026 | 9.30 pm - 11.00 pm
Parenting dengan Kesedaran. Parenting dengan Niat.
Bahagian akhir bengkel ini merumuskan secara keseluruhan. Daripada sekadar belajar tentang keperluan khas, ibu bapa digalakkan untuk merefleksi diri untuk membangunkan rancangan yang lebih bermatlamat untuk anak anda.
Ia adalah tentang beralih daripada: Bertindak balas → Memahami → Merancang → Bertindak
Dalam sesi ini anda akan:
- Mengenal pasti gaya parenting semasa anda
- Memahami kekuatan dan cabaran anda sebagai penjaga
- Mengetahui keperluan individu dan keutamaan anak anda
- Mencipta pelan parenting dan sokongan yang praktikal
Bengkel ini untuk Anda Jika...
✅ Anak anda di sekolah arus perdana tetapi anda perasan dia “berbeza” dari rakan sebaya.
✅ Anda sering bergelut setiap malam ketika buat kerja rumah.
✅ Guru pernah memanggil anda untuk bincang tentang tingkah laku atau fokus anak.
✅ Anak anda sangat pandai dalam satu bidang tetapi bergelut teruk dalam bidang lain.
✅ Anda tertanya-tanya, “Adakah anak saya ADHD? Disleksia? Autism ringan?” tapi tak tahu nak mula dari mana.
✅ Anda ingin faham anak anda lebih dalam tanpa perlu melabel mereka.
✅ Anda ingin menjadi advokat terbaik untuk anak anda di sekolah dan di rumah.
Anda tidak perlu mempunyai semua jawapan.
Anda hanya perlu bersedia untuk memahami, merenung dan memulakan langkah pertama.
Kenali Coach Anda
Puan Salwa Mohd Saleh
Special Educational Needs and Diversity (SEND) Advocate
Jurulatih | Ibu | Pendidik
Salwa Mohd Saleh merupakan seorang penyokong keperluan khas yang berdedikasi dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam memperjuangkan hak, keperluan dan keterangkuman individu berkeperluan khas.
Namun, mungkin kelayakan yang paling bermakna bukanlah sesuatu yang tercatat di atas sijil:
Beliau ialah seorang ibu kepada empat orang anak lelaki — tiga daripadanya merupakan pemegang kad SEND/OKU.
- Penerima Biasiswa Sarjana Chevening (2020/2021) dalam Pendidikan Khas dan Inklusif
- Sarjana dalam Pendidikan Khas dan Inklusif, University College London (UCL)
- Sarjana dalam Keusahawanan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
- Sarjana Muda Perdagangan, dwi jurusan dalam Ekonomi & Sistem Maklumat, University of Auckland
- Pengasas & Jurulatih Utama, SalamPro Solutions
- Pengasas Bersama, Wonder Parents Legacy
- Penceramah, Persidangan Antarabangsa Chevening
- Penceramah, Konvensyen Autisme Kebangsaan
- Ahli Panel, Moderator & Penceramah untuk pelbagai acara berkaitan SEND
- Jurulatih Bertauliah HRDF
- Master Trainer Bertauliah eUsahawan MDEC
- Master Trainer Kebangsaan, TEKUN Nasional
- Jurulatih Kebangsaan, PUNB
Harga Asal
RM159
Harga Early Bird (sehingga 31 Ogos)
RM79
*Daftar 2 sesi ProBimbing untuk dapatkan Harga Bundle
RM119
Dengan harga promosi ini, anda akan memperoleh:
✅ Akses ke 4 Jam sesi bersama Salwa Saleh
✅ Rakaman semula sesi untuk ulang tonton
✅ Slaid setiap sesi untuk rujukan
✅ Sesi Soal Jawab (Q&A) & bedah siasat
Ya, Saya Nak Sertai ProBimbing Sekarang
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Anak saya tiada diagnosis OKU. Bolehkah saya sertai?
A: Sudah tentu. Program ini direka untuk SEMUA ibu bapa yang ingin memahami spektrum pembelajaran anak. Anda tidak perlukan diagnosis untuk menyertai. Malah, ramai peserta hadir kerana mereka belum pasti dan ingin memahami dahulu.
Q: Anak saya nampak “normal” dan keputusan sekolah pun OK. Adakah ini untuk saya?
A: Ya. Ramai anak yang cemerlang secara akademik masih mempunyai cabaran tersembunyi seperti executive dysfunction, sensory issues, atau anxiety. Program ini membantu anda melihat apa yang mungkin terlepas pandang.
Q: Saya seorang bapa. Bolehkah saya sertai?
A: Sangat digalakkan! Perjalanan ini memerlukan kedua-dua ibu bapa. Jika boleh, hadir bersama pasangan anda.
Q: Saya tidak pasti anak saya ada keperluan khas atau tidak. Adakah saya akan rasa “out of place”?
A: Tidak langsung. Program ini bermula dari tahap kesedaran asas. Tiada siapa akan menghakimi anda. Semua soalan dialu-alukan.
Q: Adakah sesi ini dirakam?
A: Ya. Rakaman akan disediakan untuk tontonan semula. Namun, kami sangat menggalakkan kehadiran secara langsung untuk pengalaman coaching yang optimum.
Q: Bagaimana jika saya tidak dapat hadir salah satu sesi?
A: Anda boleh menonton rakaman. Namun, untuk sesi 2 dan 3 yang melibatkan latihan dan bedah siasat, kehadiran secara langsung sangat disyorkan.
Q: Bagaimana sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut?
A: Anda boleh ajukan soalan melalui Whatsapp +601124335424
ProBimbing: Pendidikan Anak Istimewa
Dibawakan oleh Moontree
Dibimbing oleh Puan Salwa Mohd Saleh (Wonder Emak)
📧 admin@moontree.com.my | 📱 +601124335424 | 🌐 online.moontree.com.my
