Apa Parenting Approach Terbaik untuk Saya dan Keluarga?

Bengkel praktikal 4.5 jam untuk ibu bapa yang ingin berhenti berteka-teki dan mula memahami strategi parenting tersendiri.

Kenapa Perlu Bengkel Ini?​

  • Setiap ibu bapa bukannya tidak tahu parenting, tetapi meragui keberkesanan gaya masing-masing dalam realiti harian.
  • Setiap keluarga mempunyai situasi berbeza – terdapat jurang antara parenting idaman dan kemampuan pelaksanaan harian.
  • Setiap ibu bapa perlukan bimbingan praktikal untuk mereka merefleksi corak, trigger, dan kecenderungan diri dalam mendidik anak.

Apa yang akan Diterokai?

4.5 jam facilitated workshop untuk berhenti bersama dan mula merefleksi diri sebagai seorang ibu bapa.

Kenali “Ibu Bapa” Dalam Diri Anda

Sabtu, 26 September 2026 | 8.00 pm - 10.00 pm

Sebelum bercakap tentang bagaimana hendak mengubah anak, kita ubah diri dahulu. Dalam sesi ini anda akan mendalami:

  • Parenting Yang Kita Bawa Dari Rumah: Apa yang kita belajar tentang kasih sayang, hormat dan emosi daripada cara kita dibesarkan? Apa yang mahu diwariskan dan ditinggalkan?
  • Bila “Prinsip” Bertukar Menjadi Reaksi: Kenapa ada perangai anak yang boleh buat kita terus meletup? Kita akan lihat bagaimana trigger, stress dan kapasiti diri mempengaruhi respons kita.
  • Gentle, Tegas, Manja, Keras…: Kita akan mencabar parenting beliefs yang memaksa kita memilih satu sisi sebagai ibu bapa.

Kenali “Default Mode” Anda: Apabila penat, tertekan atau overwhelmed, apa kecenderungan anda? Kita akan mula mengenal corak parenting anda yang sebenar.

Bina Parenting Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda

Ahad, 27 September 2026 | 8.30 am - 11.00 am

Dalam sesi ini anda akan memfokuskan kepada:

  • Anak Anda Bukan “Standard Child”: Mengambil kira temperament anak, usia, perkembangan, keperluan dan konteks keluarga dalam membuat keputusan parenting—bukan sekadar ikut apa yang popular.
  • Anda & Pasangan Tak Boleh Parenting Cara Sama?: Mengemudi perbezaan (seorang tegas, seorang lembut) untuk dibincangkan dan dinavigasi tanpa menjadikan anak medan pertandingan siapa yang lebih betul.
  • Bila Hidup Anda Sendiri Sedang Susah: Membincangkan realiti parenting sebenar—bila Mama penat, Ayah balik kerja lewat, duit ketat, rumah bersepah, atau mental capacity tinggal 20%.

Bina “Parenting Compass” Anda: Membina kompas yang membantu anda bertanya: Apa nilai keluarga kami? Apa boundary yang perlu ada? Apa yang boleh dilepaskan tanpa perlu rasa bersalah?

Bengkel ini untuk Anda Jika Anda Mahu...

🧠 Kenal corak parenting sendiri — bukan sekadar label gentle / strict / authoritative.

🔎 Nampak blind spots, bias & triggers yang mungkin selama ini mempengaruhi cara anda respond.

👶 Faham anak anda dengan lebih kontekstual — bukan membandingkan anak anda dengan anak orang lain.

❤️ Bezakan antara “aku ikut nilai aku” dengan “aku react sebab aku triggered.”

👫 Navigate perbezaan parenting dengan pasangan tanpa perlu tentukan siapa yang betul.

🧭 Bina Parenting Approach sendiri supaya anda lebih yakin membuat keputusan dalam situasi sebenar.

Anda tidak perlu mempunyai semua jawapan.
Anda hanya perlu bersedia untuk memahami, merenung dan bermula.

Kenali Coach Anda

Puan Adlil Rajiah

Jurulatih Parenting Bertauliah | Penulis Buku | Ibu
Master’s Candidate in Family Counselling

Beliau berpengalaman dalam bidang keibubapaan sejak 2013, dengan kelulusan Sarjana Kaunseling Keluarga (Family Counselling), serta telah menulis 6 buku keibubapaan, yang telah menerima Anugerah Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2019 dan membantu ibu bapa melihat parenting dari perspektif yang lebih luas dan lebih manusia.

Harga Asal

RM159

Harga Early Bird (sehingga 31 Ogos)

RM79

*Daftar 2 sesi ProBimbing untuk dapatkan Harga Bundle

RM119

Dengan harga promosi ini, anda akan memperoleh:

  • ✅ Akses ke 4.5 Jam sesi (2 Sesi Workshop Online) bersama Puan Adlil Rajiah
  • ✅ Rakaman semula sesi untuk ulang tonton
  • ✅ Slaid / Nota refleksi setiap sesi untuk rujukan
  • ✅ Sesi Soal Jawab (Q&A) & Refleksi Interaktif
  • ✅ Sijil Penyertaan

Anda tidak perlu meniru gaya parenting sesiapa. Anda cuma perlu lebih faham tentang anak, keluarga dan diri anda sendiri.

Ya, Saya Nak Sertai ProBimbing Sekarang

Payment – ProBimbing 1 & 2 2026 (#19)
Guna Kod

Soalan Lazim (FAQ)

Q: Saya dah baca banyak buku parenting. Apa beza workshop ni? A: Workshop ini bukan sekadar tambah ilmu. Anda akan menggunakan ilmu itu untuk melihat diri sendiri melalui assessment, reflection, case studies dan real-life scenarios. Fokusnya ialah self-understandingdiscussionclarity.

Q: Kalau saya dah tahu saya nak gentle parenting, masih sesuai ke hadir? A: Ya — kerana workshop ini bukan tentang memilih gentle vs strict. Kita akan explore bila pendekatan tertentu sesuai, bila ia tidak mencukupi, dan bagaimana nilai serta keadaan keluarga mempengaruhi keputusan parenting anda.

Q: Saya dengan suami memang tak sama cara parenting. Nanti workshop ni ajar kami yang mana betul ke? A: Tidak. Matlamatnya bukan untuk menjadikan Mama dan Ayah 100% sama. Kita akan explore bagaimana perbezaan boleh diharmonikan tanpa menjadikan anak mangsa konflik atau medan untuk menentukan siapa yang betul.

Q: Adakah sesi ini dirakam dan diberikan sijil? A: Ya. Rakaman akan disediakan untuk tontonan semula. Namun, kehadiran secara langsung sangat digalakkan untuk sesi refleksi dan Q&A. Sijil juga akan diberikan.

Q: Bagaimana sekiranya saya mempunyai pertanyaan lanjut? A: Anda boleh ajukan soalan melalui Whatsapp +601124335424

ProBimbing: Cari Gaya Parenting Anda

Dibawakan oleh Moontree

Dibimbing oleh Puan Adlil Rajiah

📧 admin@moontree.com.my | 📱 +601124335424 | 🌐 online.moontree.com.my

Pendaftaran Simposium Online Persiapan Anak 5 & 6 Tahun ke Sekolah Rendah - 30 & 31 Mei 2026
Get a Reminder

We’ll send a reminder to your email before the session starts.

Live Session Notify Me (#16)