Bersama bertadabbur setiap hari dalam bulan Ramadan, dibimbing oleh panel berpengalaman.

Satu juz sehari.
Satu tema kekeluargaan.
Satu ruang untuk ibu berhenti seketika dan refleksi kembali peranan sebagai wanita, ibu, isteri dan hamba Allah.

Ada apa dengan Lunch Break Tadabbur Keluarga?

Sesi tadarus dan tadabbur online sepanjang Ramadan,

khusus untuk ibu bekerja dan suri rumah,

diadakan ketika waktu lunch hour (12:30pm – 1:00pm),

waktu kita biasanya tidak makan kerana berpuasa,

maka kita ganti dengan tadarus & tadabbur.

Hanya 30 minit sehari untuk hati kembali tenang.

Program Ini Sesuai Untuk Anda Jika:

✔ Anda ibu bekerja yang mahu tadabur Al-Qur’an secara ringkas & berperingkat

✔ Anda mahu refleksi yang berkait dengan kehidupan keluarga sebenar

✔ Anda rindukan Ramadan yang menenangkan, bukan menekan

✔ Anda mahu dibimbing tanpa rasa dihukum atau dibandingkan

Format sesi harian LunchBreak Tadabbur:

🕧 Tempoh: 30 minit sehari

🌝 Sepanjang Ramadan | Ikut Juz demi Juz

10 minit — Tadarus bersama

15 minit — Tadabur satu ayat bertemakan kekeluargaan

5 minit — Refleksi & doa ringkas

 

Bonus khas untuk para peserta!

✨Rakaman sesi tadabbur – boleh ulang dengar bila-bila masa.

✨Jurnal Tadabbur – untuk refleksi peribadi, muhasabah diri dan ‘action plan’.

✨Zikir dan Doa Harian khas untuk para ibu.

Panel Tadabbur

1 - 10 RAMADAN

Puan Nur Zahirah M Sukran

Pengasas Bersama & Pengarah Urusan iLuvQuran

Pengasas Khadijah Learning Centre

Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak berkaitan Al-Quran, tadabbur untuk golongan ibu dan anak-anak

11 - 20 RAMADAN

Dr Zaki Ibrahim

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang

Penceramah bebas

Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam

Calon PhD dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam

21 - 30 RAMADAN

Ustaz Muawwidz Al-Ansori

Imam Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang

Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Society of Spiritual Care

Graduan BA Fiqh & Usul Fiqh dari Universiti Antarabangsa Al-Madinah

Berpengalaman luas dalam bidang hafazan Al-Quran dewasa

Sepanjang Ramadan, kita akan tadabbur ayat-ayat Al-Qur’an dengan tema seperti:

🧕Peranan ibu bapa sebagai pendidik iman

😇 Kesabaran dan rahmah dalam keluarga

🎤 Komunikasi berhemah dengan pasangan & anak

🤲 Doa dan harapan untuk generasi akan datang

🏡 Rumah sebagai tempat sakinah

Mengapa Program Ini Berbeza?

✔ Direka khusus untuk ibu bekerja

✔ Ringkas, konsisten & tidak membebankan

✔ Fokus pada keluarga, bukan individu semata-mata

✔ Selari dengan fitrah keibuan & realiti kehidupan moden

Yuran Penyertaan

Pilihan 1

30 sesi sepanjang Ramadan

RM10.90

Pilihan 2

30 sesi sepanjang Ramadan + infaq anak Asnaf

RM13.90

Infaq Iftar akan disalurkan untuk Program Iftar Anak-Anak Asnaf di bawah Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang (PPM-002-07-14042021)

Pendaftaran

Payment – Tadabbur Ramadan
Harga: RM10.90

Pastikan nombor ini boleh dihubungi melalui WhatsApp.